Post #4 : Ashabul Kahfi – Panduan Pengurusan Akidah Untuk Orang Muda

Kisah Ashabul Kahfi (Sahabat Gua) – seperti yang tercatat dalam Surah Al-Kahf di dalam ayat 9 sehingga 26, mengisahkan mengenai 7 orang pemuda bersama seekor anjing yang telah mengasingkan diri dari kaum mereka yang sesat dan zalim. Disebabkan sebelum mengasingkan diri mereka telah berdoa untuk Rahmat Allah, maka Allah telah “mematikan” mereka selama 309 tahun. Kisah Ashabul Kahfi ini telah diturunkan kepada Rasullah S.A.W kerana adanya sekumpulan Yahudi yang datang untuk menguji keRasulan Baginda. Ini kerana pada waktu itu, kumpulan Yahudi ini tahu tiada orang Arab yang mengetahui mengenai kisah 7 orang pemuda yang telah tidur selama 300 tahun. Ternyata turunnya ayat 9 sehingga 16 ini membuktikan keRasulan baginda kerana   wahyu dari Allah menyatakan dengan lebih tepat mengenai kisah Sahabat Gua in berbanding versi Yahudi.

Namun apa yang penting dalam kisah Ashabul Kahfi ini bukanlah mengenai keajaiban tidur 309 tahun, siapa sekumpulan pemuda itu, lokasi gua ataupun apa yang terjadi selepas mereka bangun. Jika diteliti kisah Ashabul Kahfi di dalam Surah Al-Kahf, sebenarnya Allah S.W.T sedang memberi panduan atau guidance kepada pemuda Islam dalam pengurusan spiritual.

Continue reading

Bangunlah Pemuda

Zalim Raja tiada bandingan,

Kejahatan melata penuh dijalanan,

Sekumpulan pemuda utuh beriman,

Gua yang sempit menjadi pilihan.

309 tahun ditidurkan,

Bersama Qitmir anjing kesayangan.

Bangunlah pemuda,

Surah Kahfi telah mengkhabarkan,

Di hujung usaha ada bantuan,

Di akhir perjuangan kan ada kemenangan.

Bangkitlah pemuda,

Tegakkan kebenaran,

Terus berjalan sebarkan kebaikan,

Usah terlena sebelum ‘ditidurkan’.

Bangunlah pemuda,

Masa ini tidak lama,

Matlamat kita hanya ‘kesana’,

Apakah pantas dihabiskan dengan sia-sia.

Ibrah daripada Surah Al-Kahfi [Siri 1]

Satu pengumuman bergema selepas solat subuh pada hari jumaat di sebuah musolla Sekolah Berasrama Penuh di Terengganu.

“Kepada semua pelajar, kita akan sama-sama membacakan surah al-kahfi secara berjemaah, semoga kita mendapat keberkatannya.”

Begitulah saban minggu kedengaran lafaz pengumuman yang sama.

Namun setelah berada di tahun akhir di universiti ini,

“Mat, jom kita pi Seminar Penghayatan Surah Al-Kahfi di UPM Serdang hujung minggu ni,” “Ustaz Hasrizal yang bagi talk tu.”

Continue reading

Kesan Surah al-Kahfi dalam Pengurusan Kehidupan

Bismillah.

Menjadi muslim dan mukmin yang sebenar beerti kita mestilah menjadikan Islam sebagai satu cara hidup. Sumber rujukan dan panduan utama tidak lain tidak bukan adalah kitab al-Quran dan sunnah. Antara 114 surah di dalam al-Quran, surah al-Kahfi adalah surah yang penting untuk diamalkan pembacaannya pada setiap hari Jumaat. Khasiatnya adalah  supaya ia dapat menjadi benteng kepada pembacanya daripada fitnah Dajjal. Malah kajian terperinci pada surah ini mampu menghuraikan beberapa aspek utama dalam pengurusan kehidupan manusia seperti pengurusan aqidah (S), harta (P),  ilmu (I) dan kuasa (E).

 

Kredit:  saifulislam.com

Info tentang surah al-Kahfi:

  • Surah Makkiyyah
  • 110 ayat
  • 71 ayat berkaitan kisah
  • 39 ayat adalah komentar mengenai kisah, gambaran kehidupan dan hari Kiamat

Terdapat 4 kisah yang dibawa dalam surah al-Kahfi iaitu:

  1. Kisah Ashabul Kahfi  (konsep aqidah)
  2. Kisah Pemilik Dua Kebun (konsep harta)
  3. Kisah Nabi Musa dan Nabi Khidhir  (konsep ilmu)
  4. Kisah Zulqarnain  (konsep kuasa)
Secara peribadi, kuliah tafaqquh fiddin yang dianjurkan ini adalah pengalaman baru bagi saya kerana ia dilaksanakan secara eksklusif di dalam dewan yang berhawa dingin dalam siri seminar 4 hari. Lazimnya kuliah tafsir sebegini hanya dapat diikuti di masjid dan surau dengan para jemaah duduk bersila di atas lantai. Dalam keadaan sedikit santai, pastinya ia mengambil tempoh masa yang amat panjang bagi menghabiskan sesi kuliah.
Pengalaman sepanjang satu setengah hari mengikuti minggu pertama seminar, saya merasakan keseronokan apabila setiap ayat diperincikan tafsirannya walaupun ia tidaklah dihuraikan kalimah demi kalimah. (Namun  saya tidak sempat juga menangkap setiap penerangan kerana akal agak lambat memproses data). Selama ini saya membaca al-Quran dan hanya memerhatikan terjemahan sahaja tanpa merujuk tafsirannya. Sungguh indah tafsiran, huraian dan perincian  ayat-ayat mengenai kisah Ashabul Kahfi.  Subhanallah, kalam Allah Maha Hebat!
Antara ayat yang memberi kesan besar pada saya adalah pada ayat 10:
Dan ingatlah kamu, tatkala pemuda pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa, “Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisimu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami.”


Ayat ini menggambarkan pergantungan pemuda Ashabul Kahfi kepada Allah dengan memohon diberikan rahmat dalam keadaan mereka tidak tahu apa yang seharusnya mereka lakukan selepas melarikan diri ke dalam gua. Lalu Allah menidurkan mereka dalam satu tempoh yang panjang sebagai membuktikan doa mereka dimakbulkan. Peristiwa inilah yang menjadi bukti bahawa perbuatan berdoa dan hanya bergantung harap pada rahmat Allah adalah satu-satunya jalan keluar dan usaha yang mustajab.

Banyak kisah-kisah yang menunjukkan nabi-nabi berasa tenang apabila berada dalam rahmat daripada Allah walaupun ketika itu mereka dalam kesusahan. Contohnya:

  • Nabi Yunus semasa di dalam perut ikan
  • Nabi Yusuf semasa di dalam penjara
  • Nabi Ibrahim semasa di dalam api
  • Nabi Muhammad semasa di dalam Gua Thur
  • Ulama semasa di dalam penjara

Mereka ini berada di tempat yang tidak kondusif. Walaupun mereka boleh sahaja meminta kepada Allah untuk dikeluarkan daripada situasi itu, tetapi sebaliknya mereka tenang berada dalam keadaan itu kerana rahmat Allah bersama mereka. Itulah yang kita semua harapkan sebagai hamba Allah. Rahmat Allah datang dalam pelbagai bentuk yang tidak terjangkau dek akal kita. Dengan rahmat Allah itu juga kesudahan dan penentuan nasib kita di akhirat.

 

 “Ya Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang rugi.”

Hebahan | Bengkel Subhanallah Effect (Siri 2)

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal.”

(Surah Al-Imran : 190)

Generasi Ulul Albab adalah generasi yang mampu melihat objek di sekeliling mereka sehingga menimbulkan rasa kebesaran kepada Allah s.w.t. Pendidik, pelajar, doktor, fasilitator, arkitek, penulis buku dan filem, malah sesiapa sahaja akan dapat menhayati sifat ini melalui salah satu ciri Ulul albab yang diterangkan di dalam al-Quran.

“Lihat kepada alam, bukan sifatnya yang indah sahaja tetapi mengenali sifat yang Maha Pencipta.”

“Mempelajari subjek bahasa Melayu, bahasa Inggeri, sains, matematik, biologi dan fizik, mampu memberikan kesan kepada kualiti sistem kepercayaan akidah kita.”

“Arkitek yang membuat pembinaan bangunan, integritinya akan terbina.”

“Fasilitator yang berhadapan dengan audiens, mampu menyentuh perasaan mereka.”

Objektif Program:

  1. Memahami sifat generasi Ulul-Albab di dalam Al-Quran sebagai satu penghayatan cara hidup muslim.
  2. Memahami konsep Teknik SE dalam kehidupan seharian.
  3. Membincangkan aplikasi Teknik SE dalam sistem pengajaran dan pembelajaran (P&P), penulisan skrip/filem, inovasi dan lain-lain.
  4. Meningkatkan keyakinan kehidupan kita beragama.

Jurulatih:
Tuan Fazrul Ismail
Pengarah Eksekutif Total Success Training and Consultancy

Siapa patut hadir?
• Ibu bapa yang ingin mendalami sistem pendidikan untuk si anak
• Para pendidik ‘nurseri’ dan tadika yang berperanan besar dalam membentuk jatidiri si anak
• Para pendidik sekolah rendah dan menengah yang banyak mencorak gaya fikir si anak
• Para pensyarah dan pendidik kolej/universiti yang terlibat dalam melonjakkan potensi si pelajar
• Penggerak atau aktivis pendidikan dan remaja/belia.
• Orang awam daripada pelbagai profesion yang ingin meningkatkan kualiti diri dan kerja.

Yuran:
Pelajar : RM 15.00
Orang awam : RM 30.00

Bilangan peserta : 30 orang sahaja (Maksimum)

Untuk pendaftaran, dua kaedah boleh digunakan iaitu:

  1. Isikan borang di http://bit.ly/vBRKnE ATAU
  2. Hantar SMS dengan format berikut: <SE><Nama Penuh><Lokasi>Hantar ke nombor 013-669 7267

Urusetia pendaftaran : Puan Firdausi Tahir

Laporan Bengkel SE 1

Segala Puji bagi Allah kerana projek Bengkel Subhanallah Effect (SE) pada 31 Disember di Akademi Sinergi Bangi berjalan dengan penuh jaya. Sedikit perkongsian gambar program dan input yang diperoleh daripada Bengkel SE baru-baru ini.

Continue reading

SE : SaTu MakNa UnTuk Hamba-Nya

Minggu ini di SoUL (31 Disember), para peserta SoUL akan mengendalikan satu projek berskala kecil iaitu program Subhanallah Effect (SE) di Akademi Sinergi. Program cetusan daripada trainer kami, Tuan Fazrul, beliau mencadang kepada saya dan Kak Haslina (Sahabat di SoUL) untuk menjayakan program ini. Diskusi ringkas pada 25 Disember dipadukan dengan sokongan jitu dan pengurusan sistematik daripada sahabat SoUL akhirnya esok (31 Disember) akan berlangsungnya program ini di Akademi Sinergi. Butiran program boleh dilihat di poster di bawah.

Continue reading

Subhanallah Effects

Matahari 7: MasterPIES

Why MasterPIES?

Because I am:

A full time  servant of Allah but lack of Physical fitness.

A student of knowledge but lack of Intellectual motivation.

An impetuous girl, lack of  Emotional restraint.

A muslimah living trying to attain a place in Jannah but lack of Spiritual discipline.

Matahari 6: awan

Kamu tahu awan? Awan itu Cantik. Putih. Lembut. Mendamaikan sekali bila memandangnya. Teringat semasa di pendidikan menengah rendah dahulu cikgu menerangkan awan terhasil bila udara yang panas akan membuatkan lebih banyak wap terkandung di dalam udara karena air lebih cepat menyejat. Udara panas yang sarat dengan air ini akan naik tinggi, hingga tiba di satu lapisan dengan suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan terbentuklah awan, molekul-molekul titik air yang tak terhingga banyaknya.

Continue reading